Monday, October 31, 2011

minat baru aku....


harap2 suatu hari nanti boleh minat ini pulak

dancing girl



Friday, October 7, 2011

"kalau tak lulus periksa ..tak semestinya tak berjaya dalam hidup..." kadang2 aku rasa ini dijadikan alasan untuk sesetengah pelajar zaman sekarang dari terus berusaha untuk baiki keputusan peperiksaan masing2....boleh tak lulus tapi mesti sudah ada rancangan yang baiik....

Monday, August 1, 2011

fitnah.......

belum pun duit nie tersebar sudah kedengaran kabar2 angin (bagi aku fitnah) diweb2 tentang kaitannya dengan Israel.....apa nak jadi org kita nie.... kalau tak silap aku bentuk tu kan bentuk geometri yg Islamik..... banyak boleh tengok kat masjid2 sekitar kita.... kalau kita asyik hidup ngan buruk sangka sampai bila2 pun takkan maju....

Tuesday, May 3, 2011

jual barang perlu ilmu ke ?..............

kita biasaa pergi beli barang......kalau barang2 yg jarang2 kita beli biasanya akan banyak soalan2 yg ditanya pada peniaga.....beli rumah, kereta, tanah, emas, saham, semuanya akan mengundang pelbagai soalan.....dan biasanya kita akan tanya peniaga yg nak jual benda tu.....sebabnya sepatutnya orang yg nak jual barang tu lebih faham tentang barang yg dia nak jual dari kita....hari nie aku pegi tanya satu perkhidmatan jalurlebar tanpa wayar....memandangkan yg aku penah kena dengan satu provider pasal coverage yg macam siput....jadi aku tanya pasal coverage kat taman aku ok ke tidak.....sebab katanya provider tu dah ada 3g merata2.....selambe je pekerja tu jawab....."entahlah cik saya pun tak tahu kat taman tu dah ada 3g atau tidak tapi jangan risau kalau takde 3g gprs confirm ada".......terkedu jugak aku....at least check dulu ke....tanya officer lain ke kan nampak macam rajin sikit.....terus tak confident aku nak apply..... bayangkan kalau org yang nak jual apam balik dengan kita pun tak tau apa ada dalam apamnya...ada berani mau beli??? sendiri fikir la......

Wednesday, April 27, 2011

spare the rod and spoil the children........

hari nie aku dengar kes yg agak extrem.....laporan polis dibuat pada salah seorang rakan sekerja atas sebab anaknya dirotan kerana tak buat kerja rumah..... wth....apa nak jadi ngan sebahagian masyarakat skrg??.... imho inilah punca kenapa masalah2 remaja skrg bertambah...... dimanjakan.... mentang2lah pendidik tak dibenarkan mendenda dan merotan sekarang dengar je kena rotan terus bawak kes polis.... memang betul ada pekeliling yang mengatakan guru tak boleh merotan tapi aku rasa untuk kebaikkan semua itu adalah dibawah budi bicara pendidik itu sendiri......

p/s .... kalau tak boleh denda dan rotan apa nak buat untuk kes nie??????sama2 kita fikir